Followers

Monday, October 13, 2014



Sekadar renungan..

Isteri marah suami tak pergi solat terawih dengan ayat2 sinis dan membuatkan suami terasa hati.

Isteri itu lupa bahawa menjaga perasaan suami itu wajib sedangkan mengerjakan solat terawih itu sunat.

Inginkan yang sunat, yang wajib tergadai.

Sempena Ramadhan ramai orang komen orang lain tidak menunaikan solat terawih dan tingkatkan ibadah sunat kerana sibuk mencari harta.

Mencari rezeki, memberi nafkah kepada keluarga itu wajib sedangkan solat terawih itu sunat. Dengan niat yang betul, kerja mereka juga boleh menjadi ibadah kepada Allah.

Lagipun siapa tahu mereka itu mungkin ada berjaga malam untuk tunaikan solat2 sunat dan seumpamanya.

Rezeki manusia tidak sama, ada orang perlu bekerja lebih hanya untuk mendapat secebis rezeki berbanding orang yang hanya bekerja beberapa jam.

Pokoknya, usaha tingkatkan ibadah sendiri. Kurangkan melihat keburukan orang.

Orang beriman itu, pandangan mereka suci bukan bersifat benci.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Sepulohsen.Blogspot.Com's Facebook Wall

sepulohsen. Powered by Blogger.

Labels