Followers

Friday, October 17, 2014



Firman Allah SWT yang ertinya : “Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim” An-Nisa 4:3.

Allah SWT membenarkan suami untuk berkahwin lebih daripada satu jika mampu. Kemampuan yang dimaksudkan bukan sekadar harta benda dan seks tetapi melangkau dunia dan akhirat bagi mereka yang faham.

Kepada yang sudah dan akan berpoligami :

1. Jangan bandingkan isteri pertama dengan kedua dengan ketiga dan keempat kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

2. Jangan abaikan anak-anak yang pasti terkejut apabila mengetahui ayahnya sudah berkongsi kasih sayang. Anak-anak adalah pelaburan kita untuk akhirat kelak sekiranya kita mempu mendidik menjadi anak yang soleh.

3. Jangan sangka harta benda dapat menganti kasih sayang kepada isteri pertama dan anak-anak.

4. Perbaiki komunikasi kerana kegagalan berkomunikasi dengan baik adalah faktor paling utama kegagalan berpoligami.

5. Jadi agama sebagai landasan untuk menyatukan keluarga pertama dan kedua dan ketiga dan keempat.

Kehidupan kita bukan sekadar untuk fikir dunia sahaja tetapi yang paling utama adalah kehidupan di akhirat kelak. Justeru itu setiap tindakan kita perlu diseimbangkan dunia dan akhirat. Kegagalan berlaku adil bermakna kita menzalimi diri kita sendiri yang akan mendatangkan murka Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Sepulohsen.Blogspot.Com's Facebook Wall

sepulohsen. Powered by Blogger.

Labels