Followers

Friday, September 26, 2014



Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat pengarah iaitu Profesor A. Razak Mohaideen yang telah dianugerahkan pingat Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Dato'. Kurniaan tersebut telah disempurnakan oleh Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas pada 22 September lalu. Istiadat sempena ulang tahun ke-76 Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang tersebut telah berlangsung dalam keadaan yang cukup sederhana tetapi meriah. Buat pengetahuan semua, Prof Razak turut menjadi orang nombor satu sebagai dekan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) di UiTM Puncak Perdana. Selain bergiat aktif di dalam dunia perfileman, beliau juga merupakan seorang perunding skrip dan penulis di Malaysia. Bukan itu saja, kredibilitinya sebagai seorang pengarah tidak perlu dipertikaikan lagi apabila Prof Razak telah mengarahkan lebih daripada 20 buah filem. Di antara filem yang telah mendapat kutipan box office suatu masa ketika ialah 'Anak Mami', 'Mami Jarum', 'Duyung', 'Sifu & Tongga', 'Cinta Kolestrol' dan lain lagi. Sebelum ini, Prof Razak turut telah dianugerahkan Anugerah Akademik Negara (Kreatif) dan sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana menjadi pengarah dari kalangan ahli akademik. Pengiktirafan ini merupakan suatu titik positif buat semua orang yang terlibat di dalam industri seni dan sekali gus mengiktiraf sumbangan perfileman di dalam negara kita.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Sepulohsen.Blogspot.Com's Facebook Wall

sepulohsen. Powered by Blogger.

Labels