Followers

Thursday, September 25, 2014

Tahukah Anda?



Kaabah dan Masjid al-Aqsa dibina oleh Nabi Adam as. Kaabah dibina terlebih dahulu diikuti dengan Masjid al-Aqsa 40 tahun selepasnya.
Ini menjadikan Nabi Ibrahim as dan anaknya, Nabi Ismail as membina semula Kaabah di atas runtuhan Kaabah yang telah dibina sebelumnya oleh Nabi Adam as.



Terdapat bukti baru yang menguatkan lagi dakwaan ini.
Menurut pensyarah Universiti al-Najah, Dr Haithem F. al-Ratrout yang telah melakukan kajian perkembangan senibina al-Aqsa, Kaabah dan Masjid al-Aqsa mempunyai dimensi yang hampir sama sungguhpun saiz kedua-duanya agak berbeza.
Jika diperhatikan dengan lebih teliti, kita akan dapati pelan Kaabah adalah sama dengan pagar sempadan Masjid al-Aqsa ie. sudut bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama. Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa Kaabah dibina oleh orang yang sama yakni Nabi Adam as menggunakan pelan yang sama (cuma saiznya berbeza).
Ini juga membuktikan sekali lagi bahawa Masjid al-Aqsa BUKAN SAHAJA masjid yang berkubah kelabu (Masjid Jami al-Aqsa/Masjid Qibli) seperti yang didakwa banyak pihak, BAHKAN termasuk kesemua bangunan dan binaan yang terdapat di dalam lingkungan pagar Masjid al-Aqsa yang sebenarnya.
Justeru, tuntasnya Dome of Rock juga adalah sebahagian daripada Masjid al-Aqsa. Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Sepulohsen.Blogspot.Com's Facebook Wall

sepulohsen. Powered by Blogger.

Labels