Followers

Saturday, September 27, 2014



1. Restoran Pilihan

Restoran pilihan anda adalah restoran yang mesra anak² di mana anak anda bebas untuk bergerak ke sana dan boleh bermain dengan permainan yang dibawanya. Jangan sekali-kali makan di kedai tepi jalan kerana ia sangat merbahaya

2. Mainan Dan Buku

Bawalah mainan atau buku kesukaan anak anda. Sedikit sebanyak ia dapat membantu anda untuk ‘melekatkan’ anak anda ketika anda sedang menikmati makan malam.

3. Snek Ringan

Untuk mengelakkan menuggu makanan yang dipesan terlalu lama, anda bawalah makanan snek (yang baik dan berkhasiat) kerana dikhuatiri anak anda akan mengamuk kerana lapar

4. Raikan

Jadikan makan luar anda sesuatu yang menarik anak anda. Jika sebelum ini anda larang anak anda makan aiskrim, cuba berikan keizinan untuknya merasa aiskrim. Pasti dia suka dan duduk diam menikmati kelazatan aiskrim. Jadikan ia sebagai ganjaran untuk anak anda. Katakan padanya, jika anda jadi budak yang baik, anda akan bawanya sekali lagi ke restoran itu untuk makan aiskrim

5. Haramkan Gadjet

Gadjet tidak dibenarkan dibawa bersama ketika makan. Jadikan makan bersama ini sebagai aktiviti kekeluargaan. Gadjet hanya menjadikan ahli keluarga diam dan kurang berkomunikasi

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Sepulohsen.Blogspot.Com's Facebook Wall

sepulohsen. Powered by Blogger.

Labels